dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pesta Angin Timur 2016

14 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 12 dan 13 Mac 2016 telah berlangsung Pesta Angin Timur 2016 bertempat di Kampung Padang Benta, Simpang Empat, Perlis. Pesta Angin Timur merupakan salah satu acara tahunan Kerajaan Negeri Perlis bersama – sama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perlis yang bertujuan mengangkat kembali kesenian tradisional rakyat Malaysia amnya dan rakyat Perlis khasnya melalui pelbagai aktiviti dan acara yang semakin ditelan zaman.

Sepanjang program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan seperti E-waste, Tuju-tuju KDB, WordSearch, Teka kiub KDB, Stick Puzzle, KDB Wheel, Selfie & Tag dan lain-lain. Aktiviti seperti ini dapat membantu untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pembelajaran. Menyediakan kepelbagaian aktiviti dan pertandingan menarik semasa program ini berlangsung dapat menarik minat komuniti dari pelbagai peringkat umur, dan sedikit sebanyak dapat memberi maklumat tentang etika dan langkah keselamatan ketika melayari laman sesawang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.